Pemain tengah negara, Natxo Insa bakal memecahkan satu lagi rekod buat skuad negara apabila turun beraksi di kempen Piala Asia kali ini.
Menerusi satu ciapan yang dimuatnaik oleh HarimauMYstats, Natxo Insa bakal menjadi pemain paling tua untuk pasukan Malaysia di pentas Piala Asia ini.
“Natxo Insa akan menjadi pemain paling tua Harimau Malaya di Piala Asia 2023 pada usia 37 tahun 7 bulan 6 hari”, tulis HarimauMYstats di laman X.
Rekod ini bakal mengatasi rekod Shukor Salleh yang turun beraksi buat skuad negara di Piala Asia 1980 ketika berusia 31 tahun.
“Rekod sebelum ini dipegang Shukor Salleh di edisi 1980 pada usia 31 tahun 9 bulan 19 hari”, tambahnya lagi.
Pengalaman luas yang dimiliki bekas pemain Celta Vigo ini bakal memberi kelebihan buat skuad bimbingan Kim Pan-gon bagi menghadapi Piala Asia nanti.
Pada kempen Piala Asia kali ini, Natxo Insa dijangka mengemudi jentera tengah negara bersama beberapa pemain seperti Stuart Wilkin, Brendan Gan, Afiq Fazail dan lain-lain