Nazri Nasir Beri Komen Profesional Selepas Gagal Bawa Singapura Ke Separuh Akhir
Asia
FA Singapore
Advertisements

Mempamerkan semangat yang tinggi sepanjang permainan menentang Malaysia, namun Singapura harus akur terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 1-1 dan seterusnya terkandas awal di peringkat kumpulan Sukan Sea Hanoi.

Jurulatih Singapura Bawah 23 (B-23) Singapura, Nazri Nasir akur dengan keputusan yang dicatatkan oleh anak buahnya semalam dan mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada penyokong Singapura kerana gagal membawa pasukan ke peringkat seterusnya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua peminat di tanah air (Singapura).” jelas Nazri seperti dipetik Straits Times.

Advertisements

Beliau berkata pasukannya telah memberikan yang segalanya yang mereka ada dan mempamerkan persembahan terbaik walaupun berdepan beberapa cabaran.

Pasukan Singapura kehilangan beberapa pemain utama, termasuk trio adik beradik Fandi iaitu Irfan Fandi, Ikhsan Fandi dan Ilhan Fandi. Mereka juga kehilangan khidmat kapten pasukan, Jacob Mahler.

“Melihat kepada pemain yang kami ada sekarang, saya boleh katakan mereka menunjukkan peningkatan dalam permainan pada setiap perlawanan yang dilalui.

Advertisements

“Kami tidak berputus asa. Saya tidak akan merungut tentang persediaan pasukan tetapi ia boleh menjadi lebih baik. Ini merupakan cabaran.

“Pemain-pemain ini menunjukkan perwatakan yang pelbagai, mereka telah memberikan segala-galanya. Saya kasihan kepada mereka. Kami mahu ke separuh akhir, itulah matlamat kami. Jika saya diberi peluang untuk mengendalikan pasukan (pada Sukan Sea 2023), saya fikir kami akan melakukan lebih baik daripada ini.” tambah Nazri.

Untuk rekod, ini merupakan kali keempat berturut-turut pasukan Singapura terkandas seawal peringkat kumpulan dalam acara bola sepak Sukan Sea. Singapura perlu menewaskan Malaysia semalam untuk membuka jalan ke separuh akhir namun keputusan seri yang dicatatkan sekali gus menafikan peluang mereka untuk terus mara.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram