Negeri Sembilan Umum Tak Tambah Pemain Baru Pada Jendela Perpindahan Kedua
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Dengan tetingkap perpindahan kedua bakal dibuka pada 5 Julai ini, pasukan-pasukan Liga Super mula membuat persiapan mendapatkan pemain yang diidamkan. Tetapi Negeri Sembilan FC membuat langkah berbeza dengan mengumumkan tidak akan menambah pemain baru semasa tempoh tersebut.

Langkah tersebut dibuat bukan saja mengambil kira kekangan kewangan yang membelenggu pasukan. Malah, pengurusan Hoben Jang Hoben mahu memberi peluang kepada pemain-pemain bawah 23 tahun skuad Rusa untuk beraksi di skuad utama.

“Oleh itu, satu mesyuarat pengurusan telah diadakan bersama YTM Tunku Pengerusi dan secara sebulat suara bersetuju untuk tidak membuat penambahan pemain bagi jendela perpindahan kedua Liga Super Malaysia 2023.

Advertisements

“Ini adalah untuk memberi peluang kepada bakat-bakat baharu skuad Piala MFL (B-23) membuktikan kebolehan mereka.

“Penilaian semula kedudukan pasukan juga akan dilakukan oleh pihak kelab secara berkala selain daripada penambahbaikan pada masa hadapan akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kelab,” kata pihak pengurusan dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang rasmi Rusa.

Pengumuman ini dijangka menyukarkan usaha jurulatih Negeri Sembilan FC, K. Devan untuk membantu pasukan mendaki kedudukan yang lebih baik dalam Liga Super. Ini ditambah dengan masalah kecederaan yang membelenggu pasukan ketika ini.

Advertisements

Ini termasuk kapten Zaquan Adha Abdul Radzak yang terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL).

Pengurusan Rusa turut memaklumkan kontrak pemain import Brazil, Vinicius Leonel turut ditamatkan. Ini selepas pihak pengurusan menerima laporan Devan yang kurang berpuas hati dengan prestasi awang import tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram