Nelson San Martin Tak Sabar Berbakti Kepada Bolasepak Malaysia
Dunia
Koleksi Peribadi Nelson San Martin
Advertisements

Bekas tonggak import Kedah, Nelson San Martin mengakui dirinya tidak sabar untuk kembali menabur bakti dalam kancah bolasepak Malaysia.

Dia yang berasal dari Chile mengharapkan peluang itu akan hadir sambil mengakui cukup merindui semua kenangan masa lalu sepanjang berada di sini.

“Beberapa hari lalu, saya telah dijemput ke kediaman Kedutaan Malaysia di Chile, Encik Abu Bakar Mamat untuk menikmati makanan Malaysia. Saya betul-betul merindui Nasi Goreng Kampung dan sambal belacan, dan turut menikmati kuetiaw goreng yang dihidangkan.

Advertisements

“Sambil menikmati makanan, saya terkenang memori masa lalu ketika berada di Malaysia, inilah makanan yang selalu saya makan.

“Saya mengharapkan ada peluang untuk saya kembali (berbakti) di Malaysia,” ujar Nelson San Martin yang pernah dua kali menyarung jersi Kedah pada 2006-2008 dan 2013, serta T-Team pada 2014.

Bersama-sama barisan muda bimbingan Azraai Khor Abdullah, pemain tengah itu memahat namanya ke dalam lipatan sejarah setelah menjadi watak penting membantu Kedah menjuarai ‘double-treble’ pada tahun 2007 dan 2008, rekod yang sehingga kini tidak dapat diulangi mana-mana pasukan.

Advertisements

Kali terakhir Nelson San Martin yang kini berusia 42 tahun berbakti di Malaysia adalah pada 2020 apabila dia dilantik sebagai ketua jurulatih Langkawi City yang bermain di Liga M3.

Dia kekal mengikuti rapat perkembangan bolasepak Liga Malaysia dan baru-baru ini menyatakan pengurusan tertinggi Kedah Darul Aman FC ada menghubunginya dan telah menawarkan diri secara terbuka hasrat kembali ke Kedah untuk membantu pembangunan bakat muda mereka.

Bagi membuktikan keghairahannya, Nelson San Martin juga pernah berkongsi kertas kerja yang disediakannya untuk tujuan tersebut bersama-sama salah seorang pelatih Instituto Nacional De Futbol (INAF) yang berpangkalan di Chile iaitu Jorge Hoffmann.

Advertisements

“Kertas kerja terbabit disediakan selepas kontrak saya bersama Langkawi City FC tamat pada 2020. Ia bagi tujuan pembangunan bola sepak Kedah bermula daripada peringkat belia sehingga senior.

“Ia adalah gabungan pengalaman saya bermain di Kedah dan pengetahuan daripada kursus kejurulatihan.

“Suatu hari nanti, kertas kerja ini akan berguna sebagai panduan dan rujukan apabila peluang itu datang, untuk Kedah atau mana-mana pasukan.

Advertisements

“Kertas kerja ini bukti keghairahan saya dalam bola sepak dan kecintaan terhadap pasukan (Kedah),” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram