Netizen Indonesia Berang Saddil Ramdani Disisihkan
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Ramai peminat bola sepak Indonesia terkejut apabila nama Saddil Ramdani disisihkan daripada barisan 26 pemain yang akan menghadapi kempen Piala Asia 2023.

Nama pemain sayap Sabah FC itu dan Arkhan Fikri (Arema FC) sah digugurkan menerusi senarai yang dikeluarkan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) pada 11 Januari lalu.

Apabila ditanya sebab pengguguran Saddil oleh media, Ketua Badan Tim Nasional (BTN) PSSI Sumardji memaklumkan keputusan itu dibuat atas sebab prestasi, disiplin dan sikap.

Advertisements

“Ya, Saddil Ramdani digantikan Adam Alis. Jadinya Saddil dan Arkhan tidak masuk skuad yang akan tampil di Piala Asia 2023. Ini atas pertimbangan jurulatih Shin Tae-yong.

“Yang jadi pertimbangan penetapan skuad ini kan ada tiga, yang pertama, prestasi, kedua, disiplin, dan yang ketiga sikap. Jadi tiga itu yang jadi acuan,” katanya kepada CNN Indonesia.

Bagaimanapun, ramai penyokong masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat Shin Tae-yong itu.

Advertisements

Salah seorang yang tidak berpuas hati dengan keputusan jurulatih Korea Selatan itu ialah pengguna X, @txtfromkirana.

Dia merasa hairan mengapa Tae-yong membawa ramai penyerang ke Piala Asia tanpa mengambil kira perubahan semasa perlawanan berlangsung.

Untuk rekod, Indonesia menyenaraikan lima penyerang ke Piala Asia iaitu Dendy Sulistyawan, Dimas Drajad, Hokky Caraka, Rafael Struijk dan Ramadhan Sananta

Advertisements

@txtfromkirana turut menyifatkan Tae-yong seorang jurulatih yang degil dan enggan memanfaatkan variasi taktik berbeza dalam perlawanan.

“Kenapa tidak singkirkan Dendy (Sulistyawan), terlalu banyak penyerang (Dendy, Dimas Drajad, Hokky Caraka, Rafael Struijk dan Ramadhan Sananta).

“Padahal boleh saja sisihkan salah seorang daripada mereka, membazir saja jika tidak diturunkan. Shin Tae-yong kadang-kadang terlalu kepala batu.

Advertisements

“Misalnya kalau taktiknya buntu, kenapa tidak guna permainan mudah, gunakan pemain sayap untuk menembus (pertahanan lawan), Saddil boleh digunakan,” katanya.

Sejak diberi peluang membuat kemunculan pertama untuk Indonesia oleh Luis Milla pada 2017, Saddil telah merekodkan 26 penampilan, dua gol dan enam bantuan gol.

Dengan beliau tidak lagi bersama Tim Garuda, fokus Saddil seterusnya ialah mempersiapkan diri untuk aksi separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC musim 2023-2024.

Ini kerana Sabah bakal turun menentang kelab A-League, Macarthur untuk aksi separuh akhir Zon ASEAN pada Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram