Kejayaan skuad muda Malaysia mengalahkan China dalam aksi persahabatan bawah 23 tahun (B-23) antarabangsa pada 23 Disember lalu buat penyokong negara bangga.
Ini kerana anak buah Juan Torres Garrido itu bukan saja berjaya meleburkan rekod tanpa kalah China ke atas Harimau Muda yang bertahan sejak 1991.
Malah, mereka juga kagum dengan persembahan yang ditampilkan penjaga gol skuad negara, Azim Al Amin Kamaruddin.
Penjaga gol KL City FC itu membalas kepercayaan yang diberi Garrido dengan mempertahankan gawang skuad B-23 negara daripada dibolosi barisan penyerang China.
Antara yang kagum dengan prestasi Azim ialah pengguna Facebook bernama Polis Bulan Sabit. Dia kagum dengan tindakan pantas penjaga gol berusia 22 tahun itu menangkis percubaan barisan serangan tuan rumah.

“Tengok perlawanan dia. Penjaga gol Malaysia, Azim Al Amin itu amat padu, terbang (ke) sana ke sini, satu lawan satu (pun) dia boleh kawal. Calon penjaga gol harapan ini,” ujarnya.
Pandangan Polis Bulan Sabit itu turut dipersetujui seorang lagi pengguna Facebook bernama Shah Musa. Dia percaya jika tidak kerana kecekapan Azim, China boleh saja menyamakan kedudukan atau mengalahkan skuad negara.
“Sebenarnya, China memang bagus semalam. Penjaga gol B-23 Malaysia main memang hebat,” katanya.
Perlawanan hari ini menyaksikan Azim tidak diturunkan dengan Garrido memberi peluang kepada penjaga gol Terengganu FC, Rahadiazli Rahalim.
Setakat artikel ini ditulis, Malaysia ketinggalan 2-1 kepada China semasa perlawanan berhenti untuk rehat separuh masa.