New Zealand Akhiri Penantian 16 Tahun Ke Piala Dunia
MakanBola
OFC
Sponsors

Selepas 16 tahun, New Zealand akhirnya kembali ke pentas Piala Dunia 2026.

Kejayaan itu dilakar dengan menewaskan New Caledonia 3-0 dalam aksi terakhir kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Oceania.

Ad

All Whites hanya memerlukan satu kemenangan untuk mengesahkan kemaraan selepas membelasah Fiji 7-0.

Ad

Matlamat itu berjaya dicapai anak buah Darren Bazeley menerusi gol Michael Boxall, Kosta Barbarouses dan Elijah Just pada separuh masa kedua.

Ini kali ketiga New Zealand layak ke Piala Dunia sejak edisi 1982 dan 2006. Bagi Barbarouses, 35, ini satu kepuasan buat dirinya kerana berjaya layak ke Piala Dunia selepas mencuba buat kali kelima.

Ad

\”Ini percubaan kelima saya untuk layak ke Piala Dunia dan saya amat beremosi dan gembira,” katanya kepada FIFA.com.

Ad

“Saya rasa saya alami imbasan memori dari 15 tahun yang lalu. Saya gembira kerana dapat menyumbang dan membantu pasukan mencapai matlamat.”

Ad

New Zealand menjadi pasukan kedua yang mara secara merit selepas pasukan gergasi Asia, Jepun. Samurai Biru layak selepas meraih kemenangan ke atas Bahrain.

New Caledonia masih berpeluang mengiringi All Whites ke Piala Dunia 2026. Ini kerana mereka berpeluang layak sekiranya berjaya melepasi pusingan play-off.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments