Neymar Bakal Berpindah Ke Kelab Asia
Asia
Paris Saint-Germain
Advertisements

Saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023-2024 dijangka lebih hangat dengan Neymar bakal menyertai kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal.

Wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan Neymar sudah menyatakan persetujuan dengan tawaran kontrak dua tahun yang dibuat oleh The Bosses.

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, maka punahlah harapan Barcelona mendapatkan bekas bintang mereka itu. Ini kerana Barca berharap dapat menjadikan Neymar sebagai pengganti jangka pendek Ousmane Dembele yang baru saja menyertai Les Parisien.

Advertisements

Neymar akan menjadi pemain terbaru yang berpangkalan di Eropah membarisi The Blue Waves musim ini selepas Ruben Neves, Kalidou Koulibaly, Sergej Milinkovic-Savic dan Malcom.

Al-Hilal juga turut mendapat sentuhan jurulatih baru, Jorge Jesus yang menggantikan jurulatih Argentina, Sergio Diaz.

Kehadiran bekas penyerang Santos itu bakal meningkatkan jangkaan buat The Bosses memburu trofi di peringkat domestik mahupun di peringkat benua.

Advertisements

Ini kerana Al-Hilal kempunan meraih trofi ACL musim lepas selepas dikecewakan Urawa Red Diamonds. Manakala saingan Saudi Pro League musim lepas pula menyaksikan Al-Ittihad muncul juara dengan The Blue Waves terpaksa berpuas hati di tempat ketiga.

Al-Hilal kini mengatur pemeriksaan perubatan buat Neymar dengan Romano menjangkakan perpindahan penyerang Brazil itu bakal dimuktamadkan sekitar minggu ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram