Advertising
Neymar Tak ‘Layan’ Barcelona
MakanBola
Al-Hilal FC

Penyerang Al-Hilal, Neymar menafikan sekeras-kerasnya khabar angin bahawa beliau akan kembali ke Barcelona.

Sebelum ini, portal Globo melaporkan penyerang berusia 32 tahun itu menawarkan diri untuk pulang ke Nou Camp untuk membantu Barcelona.

Ad

Ini sebahagian daripada usahanya untuk memperkuat pasukan gergasi Sepanyol itu yang terus dibelenggu masalah kewangan. Walau bagaimanapun, usaha Neymar ditolak oleh jurulatih Jerman, Hansi Flick.

Ad

Sebaik khabar angin ini timbul, ramai penyokong menyangka bekas penyerang Santos itu bakal meninggalkan Al-Hilal. Spekulasi ini pantas dinafikan pasukan pengurusan Neymar menerusi satu hantaran di X.

“Selain khabar ini satu pembohongan, artikel ini juga satu penghinaan besar buat atlet dan kelabnya, Al-Hilal.

Ad

“Neymar masih memiliki kontrak dengan kelab Saudi, beliau gembira di Riyadh dan beliau akan kembali ke atas padang tidak lama lagi untuk menggembirakan penyokong dari seluruh dunia,” kata pengurusan penyerang itu dalam satu kenyataan.

Ad

Neymar ketika ini masih menjalani proses pemulihan selepas mengalami kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL) dan meniskus semasa menjalani tugasan antarabangsa bersama Brazil pada 2023.

Ad

Meskipun tidak beraksi, beliau melihat Al-Hilal meraih gelaran juara Saudi Super Cup 2024 baru-baru ini.