NFDP & Pattaya Ke Final Piala Supermokh
MakanBola
NFDP OFFICIAL

Skuad NFDP A mara ke pentas final Piala Supermokh 2024 untuk kategori Bawah 12 Tahun (B-12).

Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan satu lagi pasukan NFDP iaitu NFDP B 3-1. Badrul Hazim Hazmi menyangka meletakkan pasukan itu di hadapan pada minit ketujuh tetapi dibatalkan kerana ofsaid.

Kesungguhan Badrul memburu gol membuahkan hasil apabila menyumbat gol tiga minit selepas itu. NFDP B berdepan kesukaran menyekat penyerang lincah itu apabila menjaringkan gol kedua pada minit ke-22.

Ad

NFDP B berusaha merapatkan jurang gol. Malangnya, usaha mereka kerap dihalang penjaga gol NFDP A, Muhammad Aqil Hazwan sekaligus membolehkan keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, NFDP B terus berusaha mencari gol. Tatkala mereka ghairah memburu gol, Mohd Haziq Mohd Amiruddin menyumbat gol ketiga perlawanan pada minit ke-33.

Muhammad Farhan Darwisyh menyumbat gol saguhati NFDP B menerusi rembatan deras yang menewaskan Aqil. Walau bagaimanapun, gol tersebut sudah terlambat untuk menghalang kemenangan NFDP A.

Ad
Ad
View this post on Instagram

A post shared by NFDP OFFICIAL PAGE (@nfdp_official)

Ad

Anak buah Abdul Ghani Malek itu bakal berentap dengan wakil Thailand, Pattaya United di peringkat akhir. Pattaya mara selepas menyingkirkan satu lagi wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) Academy 2-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir.