N’Golo Kante Kini Pemilik Kelab Belgium, Royal Excelsior Virton
MakanBola
Al-Ittihad

Tidak lama selepas menyempurnakan perpindahan ke juara Saudi Pro League musim lepas, Al-Ittihad, N’Golo Kante sekali lagi menarik perhatian media. Ini selepas bekas jeneral tengah Chelsea itu memuktamadkan pembelian kelab divisyen tiga Belgium, Royal Excelsior Virton.

Kante bakal menjadi pengerusi baru Virton pada 1 Julai ini menggantikan pengerusi lama, Flavio Becca. Menariknya, itulah juga tarikh bekas pemain tengah Leicester City itu berpindah secara rasmi ke Al-Ittihad selepas kontraknya dengan Blues tidak diperbaharui.

Ad

“Flavio sudah pastinya gembira untuk menyerahkan kunci kelab kepada N’Golo Kante. (Beliau) ialah pemain berkelas hebat, bukan saja dari segi kualiti bola sepak tetapi yang paling penting nilai-nilai kemanusiaannya yang dikenali ramai,” kata pengurusan kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Bekas pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengikut jejak langkah pemain sayap Crystal Palace, Wilfred Zaha sebagai pemilik kelab bola sepak. Beberapa hari lepas, Zaha dan penyanyi rap British, Stormzy memuktamadkan perjanjian sebagai pemilik baru kelab bukan liga AFC Croydon Athletic.

Bagaimanapun, Virton tidak mendedahkan nilai sebenar jualan kelab. Tetapi yang pasti, kelab diisytihar bebas daripada hutang dengan Kante dijangka membentuk lembaga pengarah baru dalam masa terdekat.

Ad

Virton dalam proses mendapatkan semula lesen profesional mereka dan dijangka beraksi dalam Belgian National Division 1 pada musim depan.

Ad