Advertising
Nguyen Quang Hai Tinggalkan Vietnam Buat Kali Kedua
MakanBola
Cong An Ha Noi FC

Bintang skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Quang Hai bakal tinggalkan negaranya buat kali kedua selepas cubaan kali pertamanya di Perancis menemui kegagalan.

Media Vietnam melaporkan Quang Hai sedang diburu oleh kelab Jepun dan pemain lincah berusia 27 tahun itu bakal meninggalkan kelabnya Cong An Ha Noi (Hanoi Police FC) seawal bulan Jun ini.

Ad

“Sumber berkata bahawa Quang Hai akan mencapai persetujuan dengan Consadole Sapporo. Sekiranya tiada perubahan, kontrak di antara kedua-dua pihak dijangka diumumkan pada Jun.

Ad

“Ini adalah kali kedua Quang Hai bermain di luar negara, kerana beliau pernah bermain untuk Pau FC dalam Ligue 2 di Perancis sebelum ini,” kongsi VnExpress.

Jika perpindahan itu menjadi kenyataan, berkemungkinan besar kita tidak akan dapat menonton aksi Quang Hai di Kejohanan ASEAN (Piala AFF) kerana kebanyakan kelab tidak akan melepaskan pemain bintang mereka ke kejohanan yang berada di luar kalendar FIFA.

Ad

Bersama Cong An Ha Noi musim ini, Quang Hai telah beraksi 18 perlawanan dalam saingan domestik dengan berjaya merekodkan 7 jaringan selain dua bantuan gol.

Ad

Cong An Ha Noi kini berada di tangga ke-6 V-League 1 dengan mengumpul 31 mata selepas 21 perlawanan. Berbaki lagi 5 perlawanan liga, khidmat Quang Hai dijangka tidak akan dapat digunakan sehingga tamat musim ini jika perpindahan ke Jepun direalisasikan.

Ad