Nidzam Jamil: Di Selangor, Seri Ibarat Kalah
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Ketua Jurulatiu Selangor FC, Nidzam Jamil yakin mentaliti besar pasukan menyebabkan keputusan seri ibarat kekalahan bagi pemainnya.

Perkara ini dinyatakan olehnya selepas Gergasi Merah merekodkan kemenangan 4-1 ke atas Terengganu bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024.

Ad

Kemenangan bergaya itu membolehkan Selangor melangkah ke pentas akhir dengan JDT atau Kedah Darul Aman menjadi halangan terakhir.

Ad

Beliau bagaimanapun memuji mentaliti pasukannya yang terus berjuang sebaik mungkin sungguhpun beberapa perlawanan tidak memihak kepada mereka.

“Seri di Selangor siapa saja gembira. Akan tetapi, bukan sahaja kita (jurulatih) tetapi pemain juga tidak gembira. Ini menunjukkan kita serius untuk mendapatkan keputusan, itu sahaja.

Ad

“Separuh pasukan meraih keputusan 1-1 berasa gembira tetapi di tempat kita, keluar dengan seri kita rasa macam kalah,” jelasnya ketika ditemui pasca perlawanan di Stadium MBPJ.

Ad

Nidzam Jamil juga amat senang dengan sikap pemainnya yang tidak mudah berpuas hati sungguhpun meraih keputusan seri.

Ad

“Cepat atau lambat, kita akan menang di tempat lawan. Percayakan pemain dan barisan kejurulatihan,” ujarnya.

Final Piala FA dijangka berlangsung pada 24 Ogos 2024 tertakluk kepada sebarang perubahan terkini.