Ads
Nidzam Jamil: Selangor Tampil Berbeza Atasi Kuching City
Liga Super
Azrihazq / MakanBola

Pengendali Selangor, Nidzam Jamil meluahkan kelegaan setelah melihat anak-anak buahnya tampil penuh kelainan ketika menundukkan Kuching City dalam aksi Liga Super pada Jumaat.

Advertisements

Pada aksi tersebut, empat jaringan masing-masing daripada Ronnie Fernandez, Ali Olwan, Umar Eshmurodov dan Alvin Fortes memastikan tiga mata milik Gergasi Merah di laman sendiri.

Advertisements

Menurut Nidzam, kemenangan yang diraih di Kelana Jaya ini disambut baik dalam misi pasukan untuk terus meraih mata penting bagi mengekalkan tempat mereka dalam kelompok atasan liga.

Advertisements
Advertisements

”Kita gembira memperoleh tiga mata (pada Jumaat) serta kekal dalam kelompok atas liga,” ujar Nidzam ketika sesi sidang media selepas perlawanan.

Tambah Nidzam lagi, anak didiknya kali ini tampil begitu berbeza berbanding kali terakhir The Red Giants bertemu Kuching City dalam saingan Piala FA Julai lalu.

Advertisements

“Piala FA tempoh hari kita jumpa mereka (Kuching City) dan agak dramatik (aksi tersebut) tapi hari ini kita sedikit berbeza dari segi mood dan intensiti liga itu sendiri,” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, di sebalik kemenangan ini, Nidzam melihat kepulangan para pemain dari kem kebangsaan tanpa masalah kecederaan lebih melegakan beliau untuk persiapan pasukan.

”Yang penting, kita gembira kesemua pemain yang bersama skuad kebangsaan dapat kembali dan berjaya mempersiap pasukan dalam tempoh beberapa hari,”

Kemenangan 4-0 di Kelana Jaya ini mengukuhkan posisi Selangor di tempat kedua carta Liga Super dengan 22 mata manakala Kuching City kini berada di tangga ke-4 dengan 14 mata.

Advertisements

Selepas ini, Selangor bakal berangkat ke Thailand untuk berdepan Muangthong United dalam aksi pertama ACL2 pada 19 September manakala Kuching City akan bertemu JDT pada 27 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram