Ads
Liga Super: Ali Olwan Pacu Selangor Belasah Kuching City
Liga Super
Selangor FC

Perlawanan saingan Liga Super minggu ke-10 malam ini menyaksikan Selangor berjaya membenam Kuching City di laman sendiri.

Advertisements

The Red Giants menurunkan penggempur terbaru, Ali Olwan berganding dengan Ronnie Fernandez dan Alvin Fortez di jentera serangan. 

Advertisements

Skuad kendalian Aidil Sharin juga membarisi barisan terkuat mereka, Jordan Mintah, Pedro Henrique dan Tchetche Kipre.

Advertisements
Advertisements

Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.

Pada minit ke-10 permainan, Selangor berjaya membuka jaringan apabila sepakan pertahanan Kuching City untuk membuang bola terbias di badan Ronnie Fernandez masuk ke dalam gawang gol. 

Advertisements

Kedua buah pasukan bermain sedikit agresif, pemain tengah Kuching City, Daniel Amier dan Quentin Cheng dilayangkan kad kuning pada minit ke-35 dan 44 permainan. 

Separuh masa pertama tamat, Selangor 1-0 Kuching City.

Pada minit ke-60 permainan, Alvin Fortez menjaringkan gol kedua namun kedudukan beliau ofsaid selepas disahkan oleh pengadil perlawanan.

Selang 7 minit aksi, Ali Olwan membuka akaun jaringan peribadi bersama Selangor sekaligus menghadiahkan gol kedua pasukan. 

Pada minit ke-76 permainan, pertahanan tengah Uzbekistan, Umar Eshmuradov menggandakan jaringan ketiga pasukan menerusi tandukan selepas sepakan sudut diambil.

Lima minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Selangor 4-0 Kuching City.

Advertisements

The Red Giants ketika ini terus kekal berada dikedudukan kedua Liga dibelakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan 22 mata. Sementara Kuching City kekal di tangga ke-4 Liga dengan 14 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram