Nidzam Jamil Hairan ‘Saya Tak Tahu Reziq Makan Apa’
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Ketua Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil hairan dengan kemajuan yang ditunjukkan oleh peledak berbisa, Reziq Bani Hani.

Pemain kelahiran Jordan itu tiba di Selangor dengan reputasi hebat namun mengalami kecederaan.

Ad

Hal ini memaksa beliau diketepikan daripada beberapa perlawanan buat sementara waktu.

Ad

“Reziq (Bani Hani) amat mengejutkan kerana kalau ikutkan doktor sebentar tadi.

“Saya rasa mungkin hari Rabu (19 Jun) ini beliau akan menyertai (sesi latihan) kita,” katanya kepada pihak media.

Ad

Beliau turut akui perkembangan Reziq Bani Hani agak cepat dan tertanya mengenai rutin pemakanan pemain itu sehingga mampu kembali pulih beberapa minggu lebih awal dari jangkaan pihak perubatan.

Ad

Saya tak tahu dia (Reziq Bani Hani) makan apa, sepatutnya lagi dua minggu (dia kembali) tetapi ini agak cepat dan mengejutkan,” tambah pengendali berusia 44 tahun itu secara berseloroh.

Ad

Reziq menjadi watak penting untuk beraksi pada posisi pemain sayap kiri untuk menampung ketiadaan Faisal Halim.