Selangor meletakkan sasaran untuk beraksi sebaik mungkin berdepan jaguh Thailand, Muangthong United pada aksi AFC Champions League Two (ACL2).
Skuad kendalian Nidzam Jamil bakal membuka langkah di Asia berdepan lawan yang kini berada pada momentum terbaik.
Gergasi merah tidak mahu melepaskan peluang untuk meraih tambahan mata penting dalam misi membuka kempen dengan langkah kanan.
“Persiapan dari segi moral pasukan amat bagus. Hanya dua pemain cedera dan yang lain berada dengan pasukan di Thailand.
“Sejak 10 tahu kebelakangan ini, Muangthong merupakan sebuah pasukan yang baik. Saya melihat mereka antara pasukan gergasi di Thailand. Sejak kebelakangan ini mereka mengalami aksi yang buruk, tetapi tahniah buat Muangthong kerana kembali beraksi di Asia,” ujar Nidzam Jamil.
Beliau juga yakin pasukan sudah mengetahui banyak perkara tentang bola sepak Thailand sebelum turun beraksi di laman lawan esok.
“Kami tahu banyak perkara tentang bola sepak Thailand bukan sahaja Muangthong tetapi pasukan seperti Buriram United dan juga Bangkok United. Saya secara peribadi mengikuti Muangthong sejak 10 tahun lalu.
“Budaya bola sepak di sini amat kuat dan sejak 10 tahun mereka memperoleh keputusan yang baik. Esok aksi berbeza buat kami kerana berdepan lawan antara terbaik di Thailand,” tambahnya.
Aksi Muangthong United dan Selangor akan berlangsung pada 19 September 2024 Stadium Rajamangala, Bangkok jam 6 petang.