Ads
Nidzam Jamil Puas Hati Dengan Debut Pertama Ali Olwan
Liga Super
Selangor FC

Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil memuji debut cemerlang Ali Olwan di pentas liga Malaysia.

Advertisements

Ali Olwan membuka akaun jaringan bersama Selangor yang merupakan gol kedua pasukan sewaktu menentang Kuching City.

Advertisements

Walaupun tiba dalam tempoh yang singkat, pemain kelahiran Jordan itu mampu mempamerkan prestasi yang mengagumkan bersama Selangor.

Advertisements
Advertisements

“Dia pemain yang hebat, hanya dua hari lepas dia bermain dengan pasukan kebangsaan Jordan.

“Kita risau Ali Olwan belum cukup tempoh untuk berehat yang secukupnya tetapi kita sudah mengira risiko kecederaan.

Advertisements

“Saya rasa berbaloi kerana dia menjaringkan gol dan bermain dengan baik dalam perlawanan pertama beliau. Saya gembira dengan Ali Olwan dan Noor Al-Rawabdeh.

“Ini pengalaman pertama kita selepas 7 ke 8 tahun di luar asia. Sudah tentu kemenangan ini membangkitkan motivasi tetapi pentas asia berbeza kerana mereka pasukan elit di asia.

“Kita harus tingkatkan banyak perkara untuk bersaing di pentas tersebut.” ujar Nidzam Jamil.

Selangor kekal berada di tangga kedua Liga Super dengan mengumpul 22 mata dalam 10 perlawanan liga.

Advertisements

Pasukan kendalian Nidzam Jamil seterusnya akan menentang cabaran Muangthong United bagi aksi pertama saingan ACL2.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram