Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui tahun ini merupakan musim yang mencabar.
Selangor FC baru sahaja mengumumkan pelantikan Nizdam Jamil sebagai ketua baharu Jurulatih Selangor menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Tan Cheng Hoe yang kini sudah bersama Police Tero.
Jurulatih berusia 43 tahun ini mahu setiap pihak memberi sokongan penuh kepada pasukan untul hadapi musim baharu ini.
“Tahun ini adalah tahun yang mencabar. Jadi saya harap kita semua, baik pemain dan penyokong kita harungi cabaran ini bersama,” kata Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil.
Musim ini, The Red Giants bakal beraksi di peringkat Adia bagi saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), nama baru Piala AFC yang diperkenalkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada awal tahun 2023.
Pengalaman Nidzam Jamil dalam saingan Liga Malaysia tidak asing lagi apabila beliau memula kariernya sebagai ketua jurulatih SPA FC dan Felda United FC.
Bukan itu sahaja, beliau menggalas tugas tanggungjawab besar sebagai penolong ketua jurulatih, Michael Feichtenbeiner (2022) dan Tan Cheng Hoe (2023) bersama Selangor.
Nidzam Jamil juga pernah dilantik sebagai jurulatih interim sebelum pelantikan Tan Cheng Hoe.