Tiga bintang muda ASEAN, Suphanat Muenta (Thailand), Arif Aiman Hanapi (Malaysia) dan Rizky Ridho (Indonesia) kini menjadi pemain muda paling bernilai di Asia Tenggara.
Suphanat Muenta
Berdasarkan kemaskini terkini daripada laman sesawang Transfermarkt, nilai Suphanat Muenta telah meningkat ke 700k€ iaitu bersamaan RM3.5 Juta. Tanda harga beliau meningkat dimana sebelum ini pada Ogos 2022, nilai Suphanat ialah sekitar RM2.5 Juta.
Suphanat kini bersama pasukan daripada Liga Belgium, OH Leuven selepas dipinjamkan daripada Buriram United. Pemain berusia 21 tahun ini mencatat tanda harga tertinggi untuk pemain muda Thailand selepas Ekanit Panya dan Thanawat Suengchitthawon.
Arif Aiman
Nilai pemain sayap Johor Darul Ta’zim, Arif Aiman Hanapi turut meningkat dimana pada Oktober 2022, nilai Arif ialah 400k€ iaitu sekitar RM2 Juta dan berdasarkan kemaskini pada Mei 2023, ia meningkat ke 450k€ iaitu sekitar RM2.2 Juta.
Arif Aiman menjadi ubi Malaysia paling mahal selepas pemain Selangor, Mukhairi Ajmal dan jeneral tengah JDT, Hong Wan.
Arif yang kini sedang menikmati musim indah di JDT dijangka bakal meningkat ‘sahamnya’ sebaik bermulanya pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023 kelak.
Rizky Ridho
Pertahanan tengah Persija Jakarta, Rizky Ridho kini setanding dengan dua lagi bintang sensasi Indonesia, Asnawi Mangkualam dan Rachmat Irianto. Rizky yang baru berusia 21 tahun menjadi pemain muda Indonesia paling mahal dalam pasaran.
Tanda harga Rizky Ridho telah meningkat kepada 325k€ iaitu bersamaan RM1.6 Juta dimana sebelum ini, nilai beliau ialah 275k€ iaitu sekitar RM1.3 juta.
Nilai Suphanat, Arif dan Rizky dijangka akan terus melonjak naik pada masa mendatang jika prestasi semasa mereka bersama kelab meningkat dan cemeralang meraih penampilan bersama skuad kebangsaan.