Nilai Pasaran Arif Aiman & Jese Rodriguez RM6 Juta
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Perbezaan nilai pasaran dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan juga Jese Rodriguez.

Pemain berusia 22 tahun itu beraksi cemerlang ketika membantu skuad Harimau Selatan dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

Ad

Beliau berjaya meledak tiga gol dalam dua penampilan menentang Shanghai Port dan juga Shanghai Shenhua di laman sendiri.

Ad

Berdasarkan kemas kini laman Transfermarkt, saham Arif Aiman dinilai pada 550,000 Euro (RM2.6 Juta) selepas beraksi cemerlang sejak beberapa musim.

Seorang lagi tonggak Harimau Selatan mencuri perhatian iaitu bekas pemain Real Madrid, Jese Rodriguez yang menjadi pemain import ke-8 menyertai JDT.

Ad

Tonggak berusia 31 tahun itu bergelar ejen bebas selama hampir 9 bulan memiliki nilai pasaran setinggi 700,000 Euro (RM3.2 Juta) sekaligus menjadikan nilai kedua-dua pemain sekitar RM5.8 Juta.

Ad

Beliau kini menjadi pemain ketiga termahal JDT selepas kapten pasukan, Jordi Amat dan juga perancang tengah, Iker Undabarrena.

Ad

Kedua-dua pemain ini dijangka menjadi tunjang utama skuad kendalian Hector Bidoglio menjelang aksi ketiga ACLE menentang wakil Korea, Gwangju FC.