Kapten Harimau Malaya, Dion Cools kini mencatat kenaikan mendadak dalam nilai pasaran semasa.
Pertahanan berusia 29 tahun itu sedang melalui musim yang gemilang bersama pasukan gergasi Thailand, Buriram United apabila baru sahaja bergelar juara Thai League 1 pada Rabu lalu.
Malah, Cools baru-baru ini juga dilantik selaku ketua pasukan Buriram United ketika perlawanan suku akhir AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Al-Ahli yang dibarisi bintang dunia.
Walaupun kalah di tangan kelab Arab Saudi itu, Cools pamer aksi cukup membanggakan dalam mengekang asakan lawan sehingga mendapat penilaian kedua tertinggi dalam kalangan pemain Buriram.
Hasil prestasi konsisten sepanjang musim ini, kemas kini nilai pasaran Cools di laman Transfermarkt dilihat naik mendadak sehinggakan mencecah Euro 1 juta berbanding Euro 800,000 sebelum ini
Peningkatan sebanyak 20 peratus ini dilihat cukup signifikan berdasarkan prestasi dan juga pencapaian semasa sehingga mengukuhkan status Cools selaku pemain termahal Malaysia ketika ini.
Manakala, dua bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman dan Matt Davies berada du tangga kedua dan ketiga dengan nilai pasaran sebanyak Euro 600 ribu dan juga Euro 400 ribu.
Fokus Dion Cools dan rakan sepasukan kini tertumpu kepada kempen Piala FA Thailand dan juga Shopee Cup yang kedua-duanya sudah memasuki pusingan separuh akhir dalam misi menutup musim dengan gemilang.