Nilai pasaran pemain sayap lincah pasukan Selangor FC, Alvin Fortes dikesan jatuh merudum.
Pamain berusia 29 tahun itu menyertai Gergasi Merah pada tahun ini untuk membantu pasukan dan membentuk gandingan bersama Ronnie Fernandez dan Reziq Bani Hani.
Beliau memiliki pengalaman luas selain pernah berkenalan di Thailand selama beberapa musim bersama Nongbua dan juga Ratchaburi FC.
Pemain kelahiran Belanda ini berjaya membantu Selangor menjulang dua trofi iaitu Selangor Asia Challenge dan juga RCTI Premium Sports di Indonesia.
Kemas kini terbaru oleh laman Transfermarkt menyaksikan tonggak The Red Giants itu mengalami penurun nilai pasaran dengan begitu mendadak.
Beliau dinilai pada tanda harga 400,000 Euro (RM2 Juta) pada September 2023 ketika di Thailand sebelum nilai tersebut turun menjadi 350,000 (RM1.7 Juta) selepas ke Selangor menurut laman Transfermarkt.
Kelincahan pemain ini banyak memberi masalah kepada pertahanan Liga Super dan membantu pasukan meraih kemenangan ke atas Kedah Darul Aman dan juga Negeri Sembilan.
Cabaran berikunya buat Fortes adalah aksi Piala FA pada 15 Jun 2024 menentang Negeri Sembilan di Stadium MBPJ.