Perancang tengah Malaysia-Finland, Nooa Laine diberi bayangan akan memainkan peranan berdepan Papua New Guinea Selasa ini.
Pemain muda berusia 21 tahun diterbangkan jauh dari kelabnya, SK Akatemia bagi memacu cabaran skuad kebangsaan dalam dua aksi persahabatan.
Beliau bagaimanapun tidak dapat diturunkan berdepan Kepulauan Solomon minggu lalu kerana difahamkan kurang cergas.
Kehilangan Natxo Insa bagaimanapunntelah membuka ruang buat pemain tengah versatil ini untuk memainkan peranan selaku pemain tengah yang lebih efektif.
Memiliki susuk tubuh yang agak baik, Nooa sudah pun beraksi bersama Malaysia pada perlawanan persahabatan antarabangsan Mac lalu berdepan Hong Kong dan Turkmenistan.
Menerusi satu kenyataaan oleh ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon, beliau memberi bayangan akan menurunkan Nooa kesempatan untuk mengemudi kawasan tengah negara.
“Kami akan melihat beberapa pemain yang boleh dipanggil, lagipun pemain tengah, Nooa Laine sudah kembali cergas.”
“Saya mengharapkan dia bersedia untuk menggalas tugasan di jentera tengah pasukan berdepan Papua New Guinea nanti,” jelas Pan-gon kepada Astro Arena.
Nooa merupakan pemain tengah yang serba boleh kerana mampu beraksi pada beberapa tempat sama ada nombor 6, 8 mahupun 10.