Nooa Laine Harap Diturunkan Berdepan Filipina
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah muda negara, Nooa Laine berharap dapat diturunkan dalam aksi kedua Kumpulan H menentang Filipina petang ini.

Nooa sebelum ini tidak dapat diturunkan dalam aksi pertama Kumpulan H menentang Bangladesh kerana keletihan selepas mengharungi perjalanan yang jauh dari Finland. Masalah sama turut dialami penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin.

Kini, Nooa dilihat sudah bersedia untuk membarisi kesebelasan utama dan membantu skuad B-23 negara melakar kemenangan ke atas The Azkals.

Advertisements

“Ya, sudah tentu (saya) rasa sangat bagus. Jika saya diturunkan (menentang Filipina), saya akan berikan yang terbaik,” katanya semalam.

Selepas berjaya menundukkan Bangladesh 2-0 pada 6 September lalu, Malaysia kini memburu kemenangan kedua dengan menghadapi tentangan Filipina hari ini.

Advertisements

Kemenangan hari ini bakal memberi kelebihan psikologi kepada Harimau Muda sebelum berdepan Thailand pada 12 September ini untuk aksi terakhir kumpulan kelayakan Piala Asia B-23 2024.

16 pasukan terbaik terdiri daripada 11 pasukan juara kumpulan, empat naib juara kumpulan terbaik dan tuan rumah Qatar akan layak untuk beraksi di pentas Piala Asia B-23 2024 tahun hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram