Nooa Laine & Suhaimi Husin Dalam Senarai 25 Bintang Malaysia Ke Pestabola Merdeka
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara rasminya mengumumkan skuad ke Pestabola Merdeka, Oktober ini.

25 pemain telah menjadi pilihan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 6 Oktober 2023.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, pengendali Korea Selatan itu telah mengekalkan seramai 21 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada kem latihan pusat terdahulu bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Syria dan China pada 6 dan 9 September 2023.

Advertisements

Empat pemain lain terdiri daripada tiga pemain skuad B-23 kebangsaan yang beraksi pada Kelayakan Piala Asia B-23 2024 di Chonburi, Thailand pada September 2023 iaitu Azam Azmi Murad, Mukhairi Ajmal Mahadi dan Nooa Laine.

Kejutan juga dilakukan apabila seorang pemain baharu iaitu penjaga gol, Suhaimi Husin menjadi pilihan Pan-gon untuk ke Pestabola Merdeka.

Advertisements

Sementara itu, terdapat 27 pemain diletakkan dalam Senarai Bersedia, jika terdapat perubahan dalam senarai pemain utama.

Nama-nama utama terus dikekalkan seperti Faisal Halim, Dion Cools, Matthew Davies, Syihan Hazmi dan juga Darren Lok.

Advertisements

Skuad ampuh ini ditagih bagi menghadapi Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 13 hingga 17 Oktober 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram