Noor Al-Rawabdeh Buat Penyokong Selangor Tersenyum Panjang
Transfer
Selangor FC
Advertisements

Tonggak tengah Selangor, Noor Al-Rawabdeh menceriakan para penyokong The Red Giants apabila kudratnya masih diperlukan bagi musim hadapan.

Pengumuman ini dikongsikan oleh Selangor FC menerusi satu video yang memaparkan Noor Al-Rawabdeh bakal meneruskan aksi bersama Selangor pada musim hadapan.

“Dengan berbesar hati untuk mengumumkan bahawa pemain tengah kami, Noor Al-Rawabdeh, akan meneruskan perkhidmatannya dalam warna kami untuk musim 2024/2025 yang akan datang,” tulis Selangor FC di laman Instagram.

Advertisements

Di musim debutnya, beliau beraksi cemerlang menghidupkan bahagian tengah The Red Giants dengan menjaringkan 5 gol dan 3 bantuan jaringan dalam 28 penampilan.

Beliau turut berjaya membantu Selangor bergelar naib juara Lia Super 2023, selain mara ke separuh akhir Piala FA dan suku akhir Piala Malaysia musim lalu.

Advertisements

Kelibat pemain berusia 26 tahun ini pastinya ditagih ketua jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe bagi menghadapi saingan ACL2 musim hadapan.

Al-Rawabdeh yang kini sedang bersama skuad Jordan di pentas Piala Asia dilaporkan mengalami kecederaan ketika berdepan Malaysia dan berkemungkinan bakal terlepas aksi terakhir kumpulan menentang Bahrain.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram