Advertisements
Nor Hakim Ada Misi Besar Bersama Terengganu
Liga Super
MakanBola
Terengganu FC

Pemain sayap Terengganu FC, Nor Hakim Hassan berharap dapat membantu pasukan barunya itu meraih kemenangan selepas gagal melakukannya dalam dua perlawanan.

Dua aksi Liga Super skuad Penyu menyaksikan mereka masing-masing seri dengan KL City FC pada 7 Julai dan PDRM FC pada 16 Julai. Dua perlawanan sama turut menyaksikan Nor Hakim diturunkan dalam kesebelasan utama.

Beliau mengakui ada sedikit tekanan kepada Terengganu FC ketika ini dan berharap kemenangan dapat dicapai dalam perlawanan esok.

“Kalau tanya saya, sangat pressurelah sebab saya tengok dua game ni (dua kali) draw. Kita cuma takde rezeki nak menang.

“Usaha itu ada, player-player pasukan saya dah berikan yang terbaik dah. Cumanya kemenangan tak memihak kepada kitalah.

“Tapi bagi saya setiap game yang datang, saya kena berikan yang terbaiklah 100% untuk cari kemenangan,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam sidang media pra-perlawanan hari ini.

Terengganu FC bakal berdepan Negeri Sembilan FC untuk aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin esok.

Anak-anak buah Tomislav Steinbruckner berharap dapat membalas dendam kekalahan 2-1 yang dialami mereka di tangan lawan sama pada 16 Mac lalu.