Nor Hakim Hassan Sertai Terengganu
Transfer
Terengganu FC
Advertisements

Selepas meninggalkan Selangor secara persetujuan bersama beberapa hari lepas, ramai ingin tahu destinasi Nor Hakim Hassan seterusnya. Hari ini, Terengganu secara rasmi memperkenalkan pemain sayap berusia 31 tahun itu sebagai pemain baru mereka.

Pengumuman perpindahan Nor Hakim ke skuad Peteh diumumkan dalam laman media sosial rasmi pasukan itu.

Kehadiran Nor Hakim dijangka menambah pilihan jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner di bahagian sayap. Ini sedikit sebanyak mengurangkan impak ketiadaan Syafik Ismail akibat kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL).

Advertisements

Kecederaan yang dialami dalam kemenangan 4-2 skuad Penyu ke atas Kelantan dalam suku akhir Piala FA 2023 menyaksikan Syafik tersisih untuk baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Bagi Steinbruckner, Nor Hakim bukanlah asing kepada dirinya. Ini kerana pemain sayap Harimau Malaya itu merupakan sebahagian daripada pasukan T-Team (kini Terengganu II) yang dibimbingnya pada 2015.

Justeru, beliau mengetahui kualiti yang dimiliki bekas pemain sayap Perak itu. Steinbruckner berharap kehadiran Nor Hakim mampu menambah bisa serangan skuad Peteh musim ini.

Advertisements

“Anda tahu, dia (Nor Hakim) merupakan pemain saya dalam pasukan T-Team pada 2015. Ya, saya mengenalinya dengan baik. Musim lepas dia banyak bermain. Musim ini dia jarang bermain.

“Anda tahu dalam pasukan Selangor, terdapat dua atau tiga pemain bagus di setiap posisi dan dia tidak kerap bermain. Tapi saya jangkakan Hakim akan dapat membantu pasukan kami terutama selepas kami kehilangan pemain sayap Syafik Ismail.

“Dan saya perlu setiap posisi diisi oleh pemain-pemain yang bagus kerana dengan bersaing antara satu sama lain, pemain-pemain ini takkan merasa selamat hanya kerana muka sama diturunkan.

Advertisements

“Saya berharap dia dapat menambahbaik pasukan kami dengan keutamaan nombor satu ialah dia kekal cergas dan bebas daripada kecederaan. Saya tahu dia akan beri komitmen 100% dan saya fikir dia akan menjadi pemain yang bagus untuk kami,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis untuk Nadi Arena.

Nor Hakim dijangka akan diturunkan Terengganu selepas tetingkap perpindahan kedua dibuka pada Julai ini. Di media sosial, ramai mengalu-alukan kehadirannya dalam skuad Peteh dan berharap dapat memberi impak besar kepada kempen Terengganu musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram