Norway Belasah Jordan
MakanBola
Jordan Football Association
Sponsors

Duo import Selangor FC, Yazan Al-Arab dan Noor Al-Rawabdeh tidak berupaya menghalang Norway daripada membelasah Jordan 6-0 dalam satu aksi persahabatan di Stadium Ullevall, Oslo awal pag ini.

Babak pertama menyaksikan The Chivalrous Ones dibolosi empat kali. Gol tuan rumah disumbang oleh Antonio Nusa (minit ke-11), Kristoffer Ajer (minit ke-23), Jorgen Strand Larsen (minit ke-31) dan Fredrik Bjorkan (minit ke-41).

Ad

Bersambung pada babak kedua, Jordan berusaha memastikan gawang mereka tidak dibolosi lagi. Malangnya, itu tidak berlaku dengan gawang pelawat bocor lagi menerusi gol lewat Bard Finne (minit ke-79) dan Hugo Vetlesen (minit ke-91).

Ad

Jordan sekurang-kurangnya menghela nafas lega kerana penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland tidak diturunkan dalam perlawanan semalam.

Ini kekalahan kedua Jordan untuk tahun 2023 selepas tewas kepada Serbia 3-2 dalam satu lagi aksi persahabatan pada Jun lalu. Manakala untuk Norway pula, ini kemenangan kedua mereka tahun ini dalam lima perlawanan.

Ad

Yazan dan Noor beraksi dalam kesebelasan utama The Chivalrous Ones dengan Yazan beraksi 90 minit. Manakala Noor pula dikeluarkan pada minit ke-69 dengan Obeida Al Samrieh masuk sebagai pemain gantian.

Ad

Selain duo import Merah Kuning itu, bekas pemain import Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mahmoud Al Mardi turut beraksi dalam perlawanan semalam. Mahmoud kemudiannya dikeluarkan pada minit ke-69 dengan Anas Al Awadat masuk sebagai pemain gantian.

Ad

Selepas ini, Jordan bakal berdepan Azerbaijan dalam satu lagi aksi persahabatan pada 13 September ini.