NSL: Johor Jewels Ke Final, Tundukkan KL Wildcats
UltraSukan
Johor Jewels

Johor Jewels mengesahkan kemaraan ke final Netball Super League (NSL) 2026 dengan menewaskan bekas juara edisi 2025, KL Wildcats.

Selepas Terengganu Marvels mengesahkan kemaraan ke final dengan menewaskan Kedah Sunshine, satu lagi tiket final menjadi rebutan dua bekas juara iaitu Johor Jewels dan Kedah Sunshine.

Gandingan Gretel Bueta dan Laura Langman terus menjadi tonggak utama Johor Jewels. Bintang Uganda, Shadiah Nassanga menjadi pilihan KL Wildcats untuk memburu mata.

Suku pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling memburu mata. Ini terbukti dengan Johor Jewels hanya mendahului pada kedudukan 15-13.

Johor Jewels menggandakan asakan pada suku kedua perlawanan. Serangan demi serangan pasukan itu menyaksikan mereka mendahului 39-19 semasa rehat separuh masa.

Kelebihan itu terus dipertahankan Johor Jewels apabila memasuki suku ketiga perlawanan. KL Wildcats berusaha mengurangkan defisit mata dengan kedudukan 54-32.

Meskipun begitu, Johor Jewels terus mengekalkan kelebihan mereka sebelum menang dengan keputusan 65-48.

Johor Jewels bakal berentap dengan Terengganu Marvels untuk merebut gelaran juara. KL Wildcats pula akan menentang Kedah Sunshine untuk penentuan tempat ketiga.