EPL
Advertisements

Pertembungan dua musuh tradisi diantara Liverpool dan Manchester United pada awal pagi tadi, sememangnya dinantikan jutaan penonton seluruh dunia.

Pertembungan yang menarik untuk ditonton ditambah pula dengan kata-kata pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solksjaer yang mempunyai ‘rahsia’ di dalam poketnya bagi menumpaskan Liverpool. Namun, sebaliknya yang berlaku.

Pasukan kendaliannya tewas 2-0 kepada Liverpool. Kedua-dua pasukan tampak sering berbalas serangan akan tetapi Liverpool lebih banyak mendominasi permainan.

Advertisements

Liverpool yang mahu terus mengukuhkan kedudukan di persada Liga Perdana Inggeris berjaya membuka tirai jaringan menerusi Virgil Van Dijk pada minit ke-14 hasil tandukannya ke gawang gol Manchester United menerusi sepakan sudut yang diambil oleh Alexander Arnold.

Pada minit ke-24, Liverpool menambah jaringan kedua menerusi Roberto Firmino namun dibatalkan oleh pengadil menerusi VAR selepas rakaman menunjukkan Virgil Van Dijk terlebih dahulu terlanggar penjaga gol Manchester United, David De Gea.

Van Dijk Rahsia Poket Ole Hanyalah Tipu Helah Syaitan, Dimamah Liverpool 2-0 Di Anfield
Van Dijk berjaya menjaringkan gol pendahuluan buat Liverpool

Manchester United turut mempunyai peluang menyamakan kedudukan menerusi Andreas Perreira pada minit ke 40 hasil hantaran Wan Bissaka namun, gagal menyudahkan hantaran terbabit biarpun sudah berada di hadapan gol Liverpool.

Advertisements

Pada minit ke-49, kapten Liverpool, Jordan Henderson hampir menambah jaringan namun bola rembatannya terkena tiang.

Bersambung babak kedua, Anthony Martial turut berpeluang menjaringkan gol buat Manchester United pada minit ke-58 namun bola rembatannya naik ke atas.

Akhirnya, gol kedua Liverpool menjelma pada minit ke-92 selepas bola hasil hantaran penjaga gol Liverpool, Alisson Becker kepada Mohamed Salah telah berjaya dijaringkan oleh penyerang Mesir itu sekaligus menutup malam yang gemilang buat Liverpool.

Advertisements

Kemenangan skuad kendalian Jurgen Klopp itu telah mengukuhkan lagi kedudukan mereka di persada Liga Perdana Inggeris dengan 64 mata manakala Manchester United pula kekal ditangga kelima dengan 34 mata selepas 23 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram