Olimpik Tokyo: Aksi Azizulhasni, A. Chia & W. Yik, Dhabitah Dan Wira-Wira Negara Buat Seluruh Rakyat Malaysia Bangga
Dunia
Advertisements

Pelumba basikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang menutup kempen kejohanan olimpik negara dengan penuh bergaya apabila berjaya menghadiahkan pingat perak dalam acara keirin sebentar tadi.

Dalam acara tersebut, pelumba berusia 33 tahun itu terpaksa akur apabila ditundukkan oleh kehebatan pelumba Britain, Jason Kenny yang meraih emas, manakala juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen berpuas hati meraih gangsa.

Selain itu, pujian juga tidak dilupakan buat satu-satunya pemenang pingat gangsa kontinjen Malaysia pada siri olimpik kali ini iaitu gandingan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan beregu lagenda Indonesia, Mohd Ahsan dan Hendra Setiawan untuk meraih gangsa.

Advertisements

Penghargaan juga harus diberikan kepada penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri yang memperagakan aksi cemerlang dalam acara terjun 3 meter papan anjal. Sungguhpun nasib tidak menyebelahi beliau apabila mengakhiri kempen pada kedudukan keempat, namun beliau telah memberikan segalanya untuk meraih kedudukan yang terbaik dalam acara tersebut.

Sementara itu, pencapaian atlet negara dalam acara layar terus meningkat apabila berjaya memperbaiki kedudukan berbanding edisi sebelumnya di Rio pada tahun 2016. pelayar wanita negara, Nur Shazrin Mohamad Latif pastinya berbangga dengan usahanya selepas berjaya memperbaiki pencapaiannya dalam acara Laser Radial Wanita pada penampilan keduanya di temasya Olimpik.

Nur Shazrin berjaya menamatkan dua perlumbaan terakhir di tempat ke-16 dan ke-15 sekaligus menutup saingan kali ini di tempat ke-26 daripada 44 peserta dengan mengumpul 194 mata bersih selepas 10 perlumbaan. Keputusan ini sekaligus menyaksikan beliau berjaya mengatasi pencapaian yang dikecapinya di tempat ke-33 dengan 274 mata bersih pada penampilan sulung di edisi Rio 2016.

Advertisements

Namun begitu, pencapaian atlet-atlet negata tidak dilupakan kerana mereka pastinya telah memberikan yang terbaik dalam usaha meraih pingat buat negara. Aksi Lee Zii Jia yang tumpas di suku akhir kepada juara bertahan, Cheng Long dan juga Farah Ann yang menampilkan aksi yang cukup mempersonakan pastinya menjadi satu temasya yang mekar dalam ingatan seluruh rakyat Malaysia.

Sungguhpun impian Malaysia untuk memenangi emas pertama di Olimpik masih tertangguh, namun semangat, kesungguhan dan keinginan para atlet negara untuk memberikan yang terbaik buat pasukan negara harus dipuji. Semoga impian Malaysia untuk menggapai pingat emas pertama di Olimpik berjaya direalisasikan pada kejohanan seterusnya yang bakal berlangsung di Paris pada tahun 2024.

Jutaan terima kasih dari kami rakyat Malaysia kepada barisan atlet tanah air yang gigih mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Semoga kesungguhan yang ditunjukkan oleh wira-wira negara ini sentiasa dicontohi dan dijadikan teladan buat semua. Persembahan yang sangat membanggakan ini pastinya terus menjadi satu kenangan indah buat seluruh rakyat Malaysia.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram