Olympic Play-off: Hasrat Indonesia Ke Paris Lebur, Tewas Tipis Kepada Guinea
MakanBola
Timnas Indonesia

Aksi Olympic Play-off yang berlangsung di Stadium Pierre Pibarot, Paris telah melibatkan pertembungan antara pasukan Indonesia dan Guinea

Shin Tae-yong kekal mempertaruhkan barisan pemainyang ada di dalam skuad Piala Asia B-23 tempoh hari. Khidmat penjaga gol sensasi Indonesia, Ernando Ari terus ditagih menjaga benteng terakhir pasukan sementara di barisan serangan, pengendali dari Korea Selatan itu meletakkan gandingan Rafael Struick dan Witan Sulaeman.

Aksi di separuh masa pertama bermula dengan kedua-dua pasukan mula mengatur gerakan secara berhati-hati untuk mendapatkan rentak permainan.

Ad

Gol pembukaan perlawanan tiba seawal minit ke-29 permainan. Serangan pantas yang dilakukan Guinea telah memerangkap barisan pertahanan Indonesia untuk memmbuat kesilapan. Penyerangan Guinea, Ilaix Moriba mencatat nama senagai penjaring apabila menyudahkan sepakan penalti yang diberikan pengadil.

Jaringan penalti itu meletakkan Guinea dihadapan untuk babak pertama perlawanan.

Ad
Ad

Bersambung aksi di babak kedua, Indonesia terus mencuba untuk mencatat jaringan pertama. Pelbagai versi serangan direncanakan Timnas Indonesia dari pelbagai arah.

Ad

Bagaimanapun nasib malang terus menghantui skuad Indonesia apabila pengendali pasukan, Shin Tae-yong pula dibuang padang akibat menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pengadil ekoran tindakan pengadil yang memberikan sepakan penalti buat Guinea.

Guinea pada minit ke-78 permainan pula tidak memanfaatkan peluang tersebut apabila sepakan penalti itu gagal disempurnakan Algassime Bah. Ernando Ari bertindak cemerlang menepis keluar bola tersebut.

Gol tunggal perlawanan di babak pertama menjulang Guinea hingga ke wisel penamat. Indonesia terpaksa melupakan hasrat untuk ke Olimpik Paris selepas tewas 0-1 kepada Guinea.