Oman bakal membuka tirai Kelayakan Piala Asia B-20 berdepan skuad muda Malaysia.
Pasukan bimbingan Juan Torres Garrido baru sahaja pulang dari siri persahabatan di China tempoh hari.
Skuad yang dikendalikan oleh Shukor Adan bagaimanapun tidak mendapat keputusan yang diharapkan apabila tewas ketiga-tiga perlawanan di sana.
Aksi CFA Team China International Friendly Competition 2024 di Changsha, China menyaksikan Malaysia B-19 tewas kepada Uzbekistan, China dan juga Vietnam.
Persiapan ke Kelayakan Piala Asia B-20 diteruskan dengan Oman bakal menjadi pencabar awal untuk pasukan muda negara.
Aksi menentang jaguh Timur Tengah itu dijangka berlangsung pada 21 September di Stadium Republican Central, Dushanbe pada jam 8 malam.
Tiga lagi aksi menanti skuad muda negara iaitu menentang DPR Korea, tuan rumah iaitu Tajikistan dan aksi terakhir menentang Sri Lanka pada 29 September.
10 pasukan selaku juara kumpulan bersama lima pasukan tempat kedua terbaik kumpulan akan layak ke pusingan akhir bersama tuan rumah, China untuk Piala Asia B-20 2025 yang akan berlangsung pada 6 hingga 23 Februari 2025.