Advertising
Oman Hampakan UAE
MakanBola
Oman FA

Oman mencatatkan kemenangan berharga ke atas UAE dalam satu aksi persahabatan bagi persiapan menghadapi Piala Asia.

UAE yang memiliki kedudukan ranking yang lebih baik berbanding Oman bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal Abdullah Fawaz pada minit keenam.

Aksi berbalas serangan terus dipamerkan kedua-dua pasukan namun tiada jaringan dapat dihasilkan selepas itu menjadikan kedudukan 1-0 memihak Oman kekal sehingga tamat babak pertama.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Oman Football Association (@omanfa)

Ad

Separuh masa kedua bermula menyaksikan UAE melakukan beberapa pertukaran dengan membawa masuk muka-muka baharu seperti Fabio Lima untuk membantu jentera serangan.

Oman yang lebih banyak bertahan di babak kedua berjaya menyerap asakan bertali arus UAE dengan disiplin bertahan yang baik ditonjolkan benteng pertahanan.

Ad
Ad

Ketumpulan barisan hadapan UAE mengakibatkan tiada jaringan dapat dihasilkan anak-anak buah Paulo Bento di 45 minit kedua menyaksikan keputusan perlawanan berkesudahan 1-0 memihak Oman.

Kemenangan ini pastinya menyuntik semangat moral para pemain Oman bagi menghadapi saingan Piala Asia yang mana mereka diundi di dalam kumpulan F.

UAE pula yang berada di kumpulan C bakal memulakan kempen Piala Asia berdepan Hong Kong manakala Oman bakal menghadapi tentangan sengit Arab Saudi.