Advertising
Oman Kejutkan Qatar
Asia
MakanBola
Oman FA

Juara Piala Asia 2023, Qatar menjadi mangsa pasukan serantau, Qatar dalam aksi terbaru Kumpulan A Arabian Gulf Cup 2024.

Selepas kedua-dua pasukan hanya meraih satu mata dalam aksi pertama pada 22 Disember lalu, Oman dan Al-Annabi perlu meraih kemenangan jika ingin mara ke separuh akhir.

Ad

Situasi ini mendorong anak buah Luis Garcia melancarkan serangan ke atas Oman sebaik perlawanan dimulakan.

Ad

Usaha awal Qatar membuahkan hasil apabila mereka mendahului seawal minit kedua menerusi penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka, Almoez Ali.

Keceriaan kem Al-Annabi hanya bertahan selama 18 minit. Pengadil Iraq, Mohanad Qasim Sarray menganugerahkan sepakan penalti kepada Oman selepas mengesan kekasaran yang dilakukan pemain Qatar.

Ad

Penyerang Al-Shabab, Issam Al-Sabhi tenang menyempurnakan penalti yang menewaskan penjaga gol lawan, Meshaal Barsham.

Ad

Kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan untuk memburu gol tambahan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat.

Ad

Bersambung pada babak kedua, Garcia memasukkan Abdullah Al-Ahrak dengan tujuan meningkatkan momentum perlawanan Qatar.

Malangnya, juara Piala Asia 2023 itu ketinggalan pada minit ke-52. Issam kembali menjadi duri dalam daging kepada pertahanan Al-Annabi dengan meledakkan gol kemenangan buat Oman.

Qatar cuba mendapatkan gol penyamaan tetapi usaha mereka digagalkan anak buah Rashid Jaber. Keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Issam turut dipilih pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore dengan markah 8.7. Beliau diekori rapat oleh Pemain Terbaik Asia 2024, Akram Afif yang mendapat markah 7.5.

Rashid mengakui kemenangan ini cukup bermakna buat pasukan ke-80 dunia itu. Ini kerana ini meningkatkan peluang mereka untuk layak ke peringkat separuh akhir.

“Kita berada dalam kumpulan yang sukar dan kita ada peluang untuk layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Oman berpeluang layak ke separuh akhir selaku juara kumpulan apabila menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 27 Disember.

Qatar pula perlu menang ke atas Kuwait pada hari yang sama jika ingin menghidupkan peluang mara ke pusingan berikutnya. Kuwait dijangka lawan sukar kerana pasukan itu mengejutkan UAE 2-1 dalam satu lagi aksi Kumpulan A.