Ketua pasukan Oman, Mohammed Al-Musalami pasang cita-cita besar mahu menjadi juara peringkat kumpulan D bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Pemain berusia 34 tahun itu menyatakan bahawa perlawanan menentang Kyrgyzstan adalah mustahak.
Beliau juga tidak mahu rakan sepasukannya memandang remeh tentang kemampuan pasukan lawan. Misi utama Oman adalah untuk menang dah mengesahkan kelayakan awal.
“Perlawanan penting bagi kami sebagai pemain, seperti yang dinyatakan oleh jurulatih, kami memasuki perlawanan untuk menang dan mengesahkan pendahuluan.
“Semua pemain bersedia sepenuhnya untuk mencapai kemenangan dan menggembirakan peminat kami.
“Kami pastinya menjamin kelayakan, tetapi kami akan memasuki perlawanan untuk menang.
“Kami mempunyai gabungan pemain berpengalaman dan muda, dan ini membantu kami mendapatkannya,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan di Oman FA.
Ketika ini, skuad Oman menduduki tangga teratas liga dengan 12 mata berkelebihan 2 mata dibelakang Kyrgyzstan.
Oman akan bertemu Kyrgyzstan pada 12 June ini pada jam 12 malam di laman sendiri Stadium Sultan Qaboos Sports Complex.