Onana Jadi Buruan Barcelona
Transfer
Everton FC
Advertisements

Selepas kehilangan khidmat Gavi akibat kecederaan ligamen krusiat anterior (ACL), Barcelona dikhabarkan berhajat membawa masuk Onana.

Onana yang dimaksudkan ini bukanlah penjaga gol Manchester United, Andre Onana tetapi pemain tengah Everton, Amadou Onana.

Bekas pemain tengah Lille itu menikmati musim cemerlang di bawah bimbingan pengurus Sean Dyche. Onana sudah merekodkan 14 penampilan musim ini dengan satu gol dan satu bantuan gol.

Advertisements

Portal TEAMTALK melaporkan Barca melihat Onana sebagai jeneral tengah mereka untuk jangka masa panjang.

Ini kerana pemain berusia 22 tahun itu bukan saja mampu bertindak sebagai perisai menjaga bahagian pertahanan. Malah, Onana juga berupaya membantu bahagian serangan jika diperlukan.

Advertisements

Begitupun, The Toffees juga dijangka keberatan melepaskan Onana. Ini kerana beliau dilihat sebagai aset yang mampu membantu pasukan itu mendaki kedudukan liga.

Ini selepas Everton dikenakan hukuman potongan 10 mata oleh Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana melanggar peraturan Fair Play EPL.

Advertisements

Justeru, The Toffees hanya berminat menjual Onana sekiranya kelab-kelab yang berminat menawarkan yuran perpindahan berjumlah £60 juta (RM351 juta).

Ini bakal menyukarkan Barca kerana mereka berdepan masalah kewangan yang serius ketika ini. Justeru, sebarang rancangan perpindahan Onana mungkin direalisasikan pada musim panas tahun hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram