Ong Kim Swee Anggap Baddrol Bakhtiar Seorang Yang Bitara
Liga Super
Sabah FC
Advertisements

Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee nyata terkesan dengan kehilangan kapten pasukannya, Baddrol Bakhtiar yang tidak lagi bersama pasukan Sabah untuk baki saingan musim 2023 ini.

Kim Swee dalam satu muatnaik di laman instagram beliau mencoretkan siapakah sebenarnya sosok yang bernama Baddrol Bakhtiar ini. Selain pemain, Baddrol juga dianggap sebagai seorang pemimpin dan sentiasa memberikan yang terbaik apabila beraksi.

“Masa berlalu pantas dan kini Baddrol Bakthiar atau BB7 akan terpahat sebagai salah seorang pemain yang terbaik pernah saya latihi dalam sejarah kejurulatihan saya.

Advertisements

“Beliau bukan sahaja pemain bahkan diibarat pemimpin yang tidak pernah mengalah dengan segala dugaan setiap kali turun beraksi. Bukan sahaja buat pasukan kebangsaan dan lebih-lebih lagi buat Sabah FC,” coret Kim Swee di instagram beliau.

Dalam pada itu, Kim Swee juga menganggap Baddrol merupakan seorang yang bitara yang juga membawa maksud unik.

“Itulah Badd – seorang pemain yg bitara, intelektual dan cukup berdedikasi baik di dalam padang mahupun luar padang,” luah Kim Swee.

Advertisements

Baddrol meinggalkan Sabah selepas berhijrah dari Kedah Darul Aman FC pada penghujung 2021. Sepanjang bersama The Rhinos selama hampir dua musim, bekas kapten KDA FC itu merekodkan 42 penampilan dan telah meledak 13 gol.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram