Ong Kim Swee Bimbang Prestasi Semasa Sabah
Dunia
officialsabahfc
Advertisements

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee mengakui bimbang dengan prestasi semasa Sabah kerana sentiasa ketinggalan sejak lima perlawanan yang lepas. 

Walau bagaimanapun, kebimbangan tersebut beliau mengambilnya dengan positif dengan jadikan ia sebagai satu kelemahan yang perlu diperbaiki dari masa ke semasa.

Kim Swee turut memuji ketangkasan anak buahnya untuk mencari dan bangkit semula mendapatkan gol bagi mengikat kedudukan di Stadium Likas, malam tadi.

Advertisements

“Kita hilang fokus ketika ‘set pieces’ atau sepakan percuma di mana dua jaringan KL City yang menyebabkan kita sentiasa ketinggalan. Jadi ini satu kelemahan yang perlu kita perbaiki.”

“Kita sentiasa ketinggalan sejak lima perlawanan lepas. Namun, pujian harus diberikan dari segi semangat juang yang cukup tinggi ditunjukkan pemain di mana mereka sentiasa mempercayai dan berusaha untuk mendapatkan gol,”

“Kita berjaya akhirnya, walaupun ketinggalan dua kali, namun kembali semula dan ini sikap yang cukup positif ditunjukkan oleh pemain kita,” katanya kepada Harian Metro.

Advertisements

Sabah FC kekal mengukuhkan kedudukan di tangga kedua carta liga dengan 36 mata, ketinggalan lima mata di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT), manakala KL City di tangga kelima dengan 22 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram