Dua bekas jurulatih Liga Malaysia (Liga M), Datuk Ong Kim Swee dan Bojan Hodak bakal merebut gelaran Jurulatih Terbaik Liga 1 Indonesia musim 2024/25.
Ini selepas portal sukan Indonesia, Pengamat Sepakbola mendedahkan nama mereka merupakan sebahagian daripada enam calon jurulatih terbaik liga musim ini.
Nama Hodak terus meniti di bibir penyokong Persib Bandung, Ini kerana beliau membantu Maung Bandung muncul juara liga buat kali kedua berturut-turut.
Kim Swee pula tercalon selepas membantu Persis Solo keluar dari zon penyingkiran dan kekal dalam liga pada musim hadapan.
Selain Hodak dan Kim Swee, seorang lagi bekas jurulatih Liga M turut tercalon iaitu Alfredo Vera. Sebelum ini, beliau pernah membimbing Kelantan FC untuk separuh kedua musim 2023.
Selepas menyertai Madura United pada Januari lalu, beliau membantu kelab itu keluar dari zon penyingkiran dan kekal dalam liga buat semusim lagi.
Tiga lagi jurulatih yang tercalon ialah pengendali PSM Makassar, Bernardo Tavares, Jan Olde Riekerink (Dewa United) dan Imran Nahumarury (Malut United).