Ong Kim Swee Kongsi Perbezaan Ketara Skuad Malaysia & Uzbekistan B-23
Harimau Malaya
FA Malaysia/Uzbekistan FA
Advertisements

Menjelang aksi pertama kumpulan D Piala Asia Bawah 23 di antara Malaysia dan Uzbekistan, Datuk Ong Kim Swee melihat sisi berbeza yang perlu ditambahbaik oleh skuad muda negara.

Menurut Datuk Ong Kim Swee, faktor kecergasan para pemain merupakan aspek yang perlu dititikberatkan berbanding aspek fizikal memandangkan tahap kecergasan pemain-pemain negara berada di tahap yang kurang memuaskan.

Pada kacamata beliau yang pernah membimbing skuad muda negara, faktor fizikal hanya tertumpu kepada sesetengah situasi di atas padang terutamanya ketika satu lawan satu yang memerlukan saiz bagi merebut bola.

Advertisements

“Saya rasa kecergasan lebih penting kerana fizikal ia mungkin faktor apabila kita berdepan situasi satu lawan satu. Itu lebih kepada fizikal,” katanya kepada Astro Arena.

“Daripada segi fizikal, saya tidak nampak ini sebagai satu masalah buat kita tetapi daripada faktor kecergasan dalam perlawanan, ia agak membimbangkan.”

Tambah ketua jurulatih Sabah FC ini lagi, beliau menaruh harapan tinggi buat skuad bimbingan Juan Torres Garrido untuk mara lebih jauh berbekalkan barisan pemain tengah yang berkualiti yang mampu mencorakkan permainan sebenar pasukan Malaysia.

Advertisements

“Saya percaya kita memiliki jentera tengah yang cukup baik dan pada masa yang sama, seperti saya katakan, mereka telah bermain banyak kali bersama dan ini penting, kita tidak boleh lihat daripada segi percaturan taktikal atau corak permainan di dalam padang sahaja tetapi ia juga tentang faktor di luar padang.”

“Dengan adanya mereka bersama sebelum sambutan Hari Raya dan kini di Qatar, saya percaya hubungan mereka bertambah baik dan saya nampak peluang kita amat baik untuk layak ke pusingan seterusnya,” tambahnya yang pernah membawa skuad bawah 23 tahun negara mara ke suku akhir kejohanan tersebut pada edisi 2018.

Skuad muda negara bakal membuka tirai saingan Piala Asia Bawah 23 berdepan Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khifa pada Rabu ini dengan sepakmula akan bermula jam 9 malam waktu tempatan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram