OPI & Kedah Jadi Rakan Kerjasama Strategik
MakanBola
KDA FC
Sponsors

Minuman protein OPI kini secara rasminya telah dilantik menjadi penaja Kedah Darul Aman FC.

Dalam satu majlis pengumuman rakan strategik Kedah Darul Aman 2023, Optastar Protein Sdn Bhd telah diumumkan sebagai rakan rasmi dengan menyediakan minuman protein untuk kegunaan pasukan Liga Super dan Liga Simpanan.

Ad

Pengarah urusan OPI HQ, Aidi Abdullah menzahirkan rasa syukur dan teruja dapat menjalinkan kerjasama strategik bersama pasukan Kedah Darul Aman FC.

Ad

Beliau berpendapat ini merupakan peluang terbaik untuk mereka menyediakan air minuman protein yang sihat untuk para pemain yang mana kerjasama ini secara tak langsung membantu dalam mengembangkan jenama OPI.

“Minuman ini amat bagus untuk kecergasan pemain sama ada ketika di dalam mahupun di luar padang. Ia membantu untuk kita kekal aktif.”

Ad

“Untuk makluman semua, pengasas OPI memang berasal dari Kedah. Jadi kami bangga kerana dapat kembali berbakti pada negeri sendiri dan Kedah Darul Aman merupakan kelab Liga Super pertama yang menjadi rakan rasmi kami.”

Ad

“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada KDA FC kerana memberi peluang dan meletakkan kepercayaan terhadap kami,” ujar Aidi kepada MakanBola.

Ad

OPI merupakan sebuah syarikat yang membekalkan air minuman protein sejak tiga tahun lepas. Jenama yang bertapak di Malaysia ini menfokuskan kepada minuman yang menambah tenaga untuk kekal cergas dan aktif.

3 perisa iaitu Raspberry Blue, Mango Tango dan Strawberry Lemonade menjadi taruhan utama jenama minuman tempatan ini.