‘Orang Kuat’ Buriram Ramal JDT Bakal Bertambah Kuat Musim Depan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pengarah Sukan Buriram United, Chonchanok Chidchob percaya Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal muncul lebih kuat untuk musim 2025/26.

Pandangan itu dibuat selepas tamat cabutan undi pusingan suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ad

JDT dan Buriram bersaing sengit bukan saja di peringkat Liga Timur ACLE. Malah, kedua-dua pasukan bersaing hebat di peringkat pusingan 16 pasukan terbaik.

Ad

Selepas terikat 0-0 dalam aksi pertama di Stadium Buriram pada 4 Mac lalu, Thunder Castle mara ke suku akhir menerusi kemenangan tipis 1-0.

Gol Suphanat Mueanta di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 11 Mac lalu mengesahkan kemaraan juara Thai League 1 musim 2023/24 itu.

Ad

Meskipun sudah tersingkir, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memaklumkan Harimau Selatan bakal tampil lebih kuat untuk kempen ACLE musim 2025/26.

Ad

Ini termasuk langkah merekrut pemain berusia 25 hingga 27 tahun dan ke bawah. JDT juga bersedia merekrut pemain berusia sekitar 31 dan 32 tahun sekiranya pemain berkenaan cukup bagus untuk kelab.

Ad

Chonchanok melihat perkembangan ini sebagai satu perkembangan yang baik bukan saja buat kedua-dua kelab tetapi juga untuk rantau Asia Tenggara.

Ini kerana persaingan JDT dan Buriram mampu menaikkan taraf bola sepak rantau itu ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya fikir ini satu persaingan yang sihat antara kedua-dua pasukan. Ini bagus untuk kedua-dua negara dan penyokong kedua-dua pasukan dapat lihat aksi sebelumnya, ia perlawanan sangat bagus,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

“Jadi, saya fikir kita amat gembira untuk raih gelaran (Raja ASEAN) pada tahun ini. Kita tak boleh katakan perkara sama untuk tahun depan. Johor akan kembali lebih kuat, jadi kita juga perlu jadi lebih kuat.

“Saya fikir ia satu persaingan yang menyeronokkan buat kedua-dua pasukan dan baik untuk ASEAN juga.”

Buriram bakal bertemu dengan wakil Arab Saudi, Al-Ahli di peringkat suku akhir. Pasukan itu dibarisi ramai pemain berkualiti seperti Roberto Firmino, Edouard Mendy, Ivan Toney dan Riyad Mahrez.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments