Ads
Oscar Sambung Kontrak Di Shanghai Port
ACL
Shanghai Port FC

Shanghai Port menerima suntikan semangat menjelang aksi sulung Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Advertisements

Ini selepas kapten mereka, Oscar memutuskan untuk kekal membantu pasukan itu sehingga Disember ini.

Advertisements

Berdasarkan semakan sebelumnya di Transfermarkt, kontrak bekas bintang Chelsea itu bakal berakhir pada November ini. Kini, menurut portal 163.com, persetujuan penyambungan kontrak selama sebulan telah dicapai antara kedua-dua pihak.

Advertisements
Advertisements

The Red Eagles mengharapkan sentuhan Oscar untuk mengharungi aksi Liga Timur ACLE sekurang-kurangnya sehingga Disember ini. Ini bermakna perlawanan menentang Gwangju pada 3 Disember ini sebagai aksi terakhir bintang berusia 33 tahun itu bersama Shanghai Port.

Sejak menyertai pasukan Chinese Super League (CSL) itu pada 2017, Oscar telah merekodkan 234 penampilan, 72 gol dan 131 bantuan gol berdasarkan data terbaru Transfermarkt.

Advertisements

Ini termasuk kempen terbaru liga yang menyaksikan beliau menjaringkan 11 gol dan mencipta 21 bantuan gol buat The Red Eagles.

Pengalaman Oscar dijangka ditagih jurulatih Shanghai Port, Kevin Muscat. Ini kerana beliau bukan saja memiliki pengalaman beraksi di pentas Asia menerusi Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Malah, Oscar juga sudah merasai pengalaman beraksi di pentas Eropah termasuk pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Europa.

Advertisements

Shanghai Port bakal turun menentang JDT di Stadium Bola Sepak Pudong pada 18 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram