Pahang Rangers & Sergio Jamur Berpisah, Bakal Ke Selatan Tanah Air?
UltraSukan
Pahang Rangers
Advertisements

Pahang Rangers mengumumkan berita perpisahan tonggak utama mereka, Sergio Jamur.

Menurut hantaran yang dimuatnaik di akaun Instagram rasmi pasukan, Pahang Rangers mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sumbangan beliau membantu pasukan meraih kejuaraan berganda.

Keputusan pemain kelahiran Brazil itu dikatakan dibuat kerana beliau mahu menyahut cabaran baharu di musim akan datang.

Advertisements

”Namun kelab menghormati keputusan Sergio Jamur memilih haluan berbeza bagi saingan musim baru, dan mengucapkan terima kasih atas sumbangan besarnya kepada kelab”, tulis di akaun Instagram rasmi pasukan.

Dalam masa yang sama, terdapat khabar angin memaklumkan bahawa sebuah pasukan dari selatan tanah air berminat untuk mendapatkan tonggak berusia 33 tahun itu untuk menghadapi musim akan datang.

Sergio Jamur direkrut oleh Pahang Rangers di pertengahan musim dan telah berjaya menjaringkan 20 gol secara keseluruhan dan membantu pasukannya meraih kejuaraan Malaysia Premier Futsal League (MPFL).

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram