“Pakai Lilitan Kapten Tapi Tiada Kepimpinan” – Safee Sali
Harimau Malaya
Azri/MakanBola
Advertisements

Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali merasakan elemen kepimpinan telah memberi kesan yang besar kepada persembahan Malaysia berdepan Oman tempoh hari.

Skuad kendalian Kim Pan-gon telah tewas dua aksi menentang pasukan ke-77 dunia itu sekaligus menyebabkan Harimau Malaya keciciran 6 mata.

Kekalahan itu juga menyebabkan skuad negara hilang kedudukan di puncak Kumpulan E dan kini berada di tangga ketiga selepas 4 perlawanan.

Advertisements

Menurut Safee, ketiadaan pemimpin dalam pasukan kebangsaan telah memberikan kesan yang besar kepada moral pasukan.

“Secara keseluruhannya, saya rasa pasukan kita tiada kepimpinan dalam padang. Hanya memakai lilitan kapten tetapi tiada kepimpinan.”

“Tak ada keserasian langsung, semua nak bermain secara solo. Tak ada larian untuk meminta bola, tak ada yang mahu menggerakkan permainan. Semua hanya berdiri tegak dan melihat bola.”

Advertisements

Safee juga merasakan bahawa Malaysia dahagakan seorang pemain yang memiliki karakter pejuang di atas padang.

“Kita kena cari seorang pemimpin dan pejuang yang sanggup bermati-matian di atas padang. Seorang yang boleh memimpin dengan teladan terbaik,” ujarnya dalam satu audio siar di laman Sports Tarik.

Kekalahan itu menyaksikan skuad negara turun 6 tangga ke kedudukan 138 dunia selepas kehilangan hampir -15 mata sambil ketua jurulatih, Kim Pan-gon mengharapkan keajaiban untuk layak ke pusingan berikutnya.

Advertisements

Aksi Malaysia seterusnya akan berlangsung pada bulan Jun 2024 dengan dua perlawanan penting bakal menjadi penentu kemaraan skuad negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram