Pakar Jepun Sebut 3 Kelebihan Pemain Vietnam Di Asia Tenggara
Asia Tenggara
Vietnam FF
Advertisements

Jurulatih Hanoi FC, Daiki Iwamasa melihat pemain Vietnam memiliki tiga kelebihan yang akan membantu mereka berjaya di liga asing termasuk liga Jepun.

Pemerhatian itu dibuat bekas jurulatih Kashima Antlers itu selepas melihat Hanoi membenam Ho Chi Minh City 3-1 dalam aksi terbaru V. League 1 semalam.

Iwamasa melihat pemain Vietnam memiliki kualiti permainan yang bagus, cekap mengawal bola dan bijak mengawal corak hantaran pendek.

Advertisements

“Pemain Vietnam memiliki kualiti yang bagus, cekap mengawal bola dan bijak merencana corak hantaran pendek.

“Mereka boleh saja bermain di Jepun tetapi mereka mesti bersedia untuk beradaptasi dengan perlawanan-perlawanan yang sukar.

Advertisements

“Pemain Vietnam sukar beraksi dalam J1 League tetapi mereka boleh bermula dengan J2 League dan J3 League,” katanya selepas perlawanan seperti yang dilaporkan TheThao247.

Jurulatih berusia 42 tahun itu percaya dengan sedikit penambahbaikan terutama di peringkat akar umbi, tidak mustahil kualiti bola sepak Vietnam boleh menyamai kualiti Jepun.

Advertisements

“Sekiranya pemain Vietnam mahu beraksi cemerlang di Jepun, amat penting untuk menaikkan kualiti liga kebangsaan Vietnam dari segi kualiti permainan dan padang, perlahan-lahan ia mencecah kualiti bola sepak Jepun.

“Saya baru tiba di Jepun dan saya tidak memiliki banyak pengetahuan tentang latihan akar umbi di sini jadi saya tak boleh komen.

Advertisements

“Bagaimanapun, saya ingin tegaskan bahawa kita mesti menaikkan tahap V. League jika mahu bersaing dengan platform bola sepak negara-negara lain,” tambahnya.

Hanoi ketika ini menduduki tangga keenam liga dengan 13 mata selepas 10 perlawanan liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram