Ads
Palestin Tiba Di Malaysia
Asia Tenggara
FA Malaysia

Pasukan kebangsaan Palestin telah tiba di Malaysia seperti yang dijadualkan.

Advertisements

Pasukan kendalian Makram Dabboub bakal membawa cabaran Palestin untuk mengharungi kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Advertisements

Mereka diundi dalam Kumpulan B bersama beberapa pasukan seperti Korea Selatan, Iraq, Jordan, Oman, Palestin dan Kuwait.

Advertisements
Advertisements

Aksi pembukaan menemukan Korea Selatan dan Palestin pada Khamis, 5 September 2024 di tempat lawan namun memilih Malaysia atas jarak yang lebih dekat.

Malaysia dipilih terutamanya kerana kedudukan geografinya yang hampir dengan perlawanan pertama kami menentang Republik Korea, bersama-sama dengan hubungan persaudaraan kami yang mendalam dan sokongan padu yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia secara konsisten untuk perjuangan Palestin.

Advertisements

Palestin dan Jordan akan berentap dalam aksi kedua peringkat kumpulan B pada 10 September 2024.

Perbincangan antara FAM dan PFA mencapai kata sepakat dengan Datuk Haji Hamidin yang juga Ahli Majlis FIFA bersetuju untuk menawarkan venue neutral di Malaysia dan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dipilih.

FAM menyifatkan ia satu penghormatan yang cukup besar buat Malaysia kerana menjadi satu-satunya negara yang diberikan kepercayaan oleh Palestin untuk menjadi gelanggang neutral buat pasukan kebangsaan mereka.

“FAM berasa bertuah kerana PFA memilih untuk mengadakan aksi pertama pasukan kebangsaan mereka di gelanggang sendiri dalam Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di Malaysia.

“Pada masa sama, FAM akan memberikan sokongan dan bantuan sepenuhnya kepada PFA sepanjang pasukan kebangsaan Palestin berada di negara ini,” ujar FAM dalam satu kenyataan.

Advertisements

Malaysia sebelum ini pernah menjadi venue neutral bagi aksi pertama playoff Kelayakan Piala Dunia 2018 antara Syria dan Australia di Stadium Hang Jebat, Melaka pada 5 Oktober 2017.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram